Friday, November 11, 2011

Ku,Budak Baru Belajar: Mahal atau Murah, Tepuk Dada Tanya Selera

Semua rakan sepejabat sudah memulakan cuti mereka di kampung dan ada yang berehat di rumah. Sudah pastinya keadaan pejabat sunyi bagaikan perpustakaan yang terbiar. Ya, saya akui berlegar-legar di fikiran akan cerita yang menakutkan. Tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk mencari rezeki. Sedihnya, saya tidak berapa sihat. Mungkin faktor cuaca membuatkan keadaan kesihatan saya kurang stabil dalam minggu ini. Memandangkan saya sahaja di dalam pejabat. Saya mulakan mengira bajet untuk berangan-angan membeli sebuah beg Birkin Hermes 40 atau clutch koleksi lelaki musim bunga 2012 daripada Louis Vuitton.


Mungkin bunyinya agak bercita-cita tinggi. Tetapi ia sudah menjadi hasrat saya untuk memiliki beg-beg ini. Ramai kawan rapat saya berpendapat taste saya terlalu mewah dan sound too girlish. Bagi saya, ia satu keperluan bagi saya. Mengapa perlu barangan berjenama? Sebahagian besar beg-beg idaman saya dikeluarkan oleh produksi jenama besar daripada luar negara. Mereka mempunyai kepakaran bagi menghasilkan satu produk lebih halus dan berkualiti. Saya akui, saya memang seorang yang cerewet apabila membeli sebuah beg mahupun ketika membeli pakaian. Jahitan dan tekstur fabrik perlu kita perhatikan dengan teliti. Jika tidak, barang itu mudah rosak. Tidak kisah lah samada barang itu mahal atau murah. Kita kena tahu hak kita sebagai pengguna.

Alahai..tekan sini tekan situ dengan mesin kira  saya melihat ramalan bajet mungkin belum tiba masanya untuk saya untuk memiliki beg tersebut dalam masa terdekat ini. Tidak mengapa,reka bentuknya yang classic dan forever fresh tidak berasa rugi bila membelinya kelak. Ia juga salah satu sikap saya ketika memilih sesuatu barang apatah lagi jika barang itu mahal. Tidak guna memilih koleksi yang kita miliki itu mengikut trend kemungkinan stail itu untuk semusim bukannya klasik. Adakalanya, ia tidak bersesuaian dengan karakter  dan usia kita, itu yang kena hati-hati. Saya bersyukur dikurniakan Mummy dan Grandma yang begitu teliti bila memilih sesuatu barang hinggakan hendak membeli sayur pun kena teliti ya.

Grandma saya memiliki pelbagai beg kulit yang high-quality. I do learn many things from her especially fashion. Dah namanya, seorang bekas kebaya nyonya maker di Kuching. Beliau pernah berkata jika kita pandai menjaga sebuah beg berasaskan kulit, ia boleh tahan hingga ratusan tahun. Teknik penjagaan amat penting. Saya agak terkejut melihat salah satu handbag yang digunakan ketika beliau bercuti  ke Kota Kinabalu beberapa bulan lalu kelihatan baru. Reka bentuk beg Bulagginya cukup klasik dan unik,  memukau saya sepanjang percutian kami sekeluarga di Kinabalu National Park,Kundasang. Sehingga saya menanya beliau sendiri sebab tidak tahan. Usia beg tersebut sudah pun menjangkau belasan tahun. Wow! Sememangnya, vintaj tetapi kelihatan baru.

Entah bila lah boleh memiliki beg-beg idaman saya seperti jenama Louis Vuitton, Prada, Hermes dan Gucci dengan hasil titik peluh sendiri. Hasrat dan usaha untuk memiliki ia tidak pernah padam. Menyimpan wang sedkit demi sedikit pasti lebih bermakna apabila membeli dan menjaga beg-beg ini kelak. Baik mahal atau murah tepuk dada tanya selera. Ia terpulang pada kehendak dan keperluan seseorang itu. Biarlah ia murah tetapi mempunyai ciri ketahanan dan tidak menggunakan barangan tiruan. Tidak semestinya, seseorang itu mampu memiliki beg berjenama tetapi tidak pandai menjaganya ia pasti membawa kerugian padanya juga. Jadilah pengguna yang bijak.

No comments:

Post a Comment